Keputeraan Sigismund, Maharaja Suci Rom

Baginda diputerakan di Nuremberg, kepada adalah putera Maharaja Charles IV dan isteri keempatnya, Elizabeth dari Pomerania, cucunda Raja Kazimierz III dari Poland dan cicinda Gediminas Raja Lithuania. Baginda dinamakan sempena Santo Sigismond yang amat dipuji ayahandanya.

Kemangkatan ayahandanya pada tahun 1378 membawa Sigismund muda ke Hungari menjadi pembesar Brandenburg di mana baginda segera belajar bahasa dan cara hidup orang-orang Hungari bahkan setia kepada negara ini.[2] Raja Lajos I turut mempercayainya tidak sahaja mempertunangkan baginda dengan putera Lajos sendiri Maria malah mengamanahkan baginda sebagai pengganti sebagai Raja Hungary .

Ketika Sigismund berusia 13 tahun, baginda dihantar ke Kraków oleh kakanda tiri dan penjaganya Wenceslaus untuk belajar bahasa bahasa Poland dan berkenalan dengan tanah dan rakyatnyal Wenceslaus juga mengurniakan tanah Neumark untuk memudahkan perhubungan antara Brandenburg dan Poland.